CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 27, 2010

Biar Berpada-pada

Majlis Fatwa pantau perayaan agama

Di sebalik hormati amalan agama lain, umat Islam perlu pertahan akidah 

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan memantau situasi musim perayaan pelbagai kaum di negara ini bagi memastikan umat Islam tidak melakukan perbuatan yang menyerupai amalan agama bukan Islam.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata dalam apa juga keadaan, pendekatan awal adalah mendidik dan menasihatkan umat Islam sebelum merangka tindakan susulan.
Beliau berkata, toleransi sesama rakyat berbilang bangsa dan agama sememangnya digalakkan di negara ini, tetapi perlu diingat jangan sampai hilang identiti sebagai umat Islam. 

“Lebih utama, jangan pula menyerupai amalan agama lain kerana ia tidak sesuai dan dalam masyarakat majmuk pula, tidak perlu wujud pluralisme kerana setiap agama berbeza cuma kita perlu hormat menghormati satu sama lain. 

“Di Malaysia, seeloknya kita menghormati penganut bukan Islam, ucap tahniah atas sambutan perayaan mereka dibolehkan, menjamah makanan yang halal juga boleh tetapi tidak sampai melakukan ritual seperti memakai kostum dan meletakkan hiasan keagamaan di kediaman kerana ia tidak sesuai untuk imej Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata majikan tidak boleh memaksa pekerja mereka yang beragama Islam untuk memakai kostum Santa Claus atas alasan kehendak tugas walaupun terbabit dalam kerja mempromosi barangan di pusat beli-belah sempena Krismas. 
Beliau berkata majikan juga tidak boleh mengambil tindakan disiplin terhadap pekerja beragama Islam yang enggan mematuhi arahan bertentangan dengan pegangan agama mereka. 

Akhbar Jumaat lalu melaporkan Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam tidak memakai pakaian atau perhiasan menyamai Santa Claus kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad SAW. Beliau dipetik berkata, ada sesetengah pekerja Islam di pusat beli-belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas. 

Abdul Shukor berkata, jika tidak disekat atau tidak diingatkan generasi muda mengenai amalan yang dibenarkan dan sebaliknya, tentunya akan timbul tanggapan bahawa tiada bezanya antara perayaan umat Islam dan bukan Islam. 

Beliau berkata, ketika ini, ulama Indonesia berhadapan situasi yang getir apabila rakyatnya yang beragama Islam menjalani hidup seperti umat bukan Islam terutama ketika musim perayaan. 

Sumber: Berita Harian

P/s: Jangan kerana nak tunjukkan betapa open minded nya kita sampai maruah agama dan bangsa kita tergadai...

1 comments:

Unknown

Did you hear there is a 12 word phrase you can say to your man... that will trigger intense feelings of love and instinctual attraction to you buried within his heart?

Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, please and protect you with his entire heart...

12 Words Will Trigger A Man's Desire Instinct

This impulse is so hardwired into a man's mind that it will drive him to try better than before to make your relationship the best part of both of your lives.

In fact, triggering this dominant impulse is so mandatory to having the best possible relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...

...You'll instantly notice him expose his soul and heart for you in a way he's never expressed before and he'll perceive you as the one and only woman in the world who has ever truly tempted him.

Post a Comment

U Komen, I Komen